Sunday, January 30, 2011

Muslim fleksibel?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

apabila membicarakan mengenai muslim, maka kita xkn lari drp istilah 'muslim sejati'... namun, tahukah kita semua apakah erti muslim sejati yang sebenarnye? sekiranya kita mengatakan bhw nabi muhammad adalah muslim sejati, maka adakah terdapat lg manusia seperti baginda di dunia ini? bukalah mata kita, dan perhatikanlah sekeliling kita... kebanyakan muslim yg berada di sisi kita adalah 'muslim fleksibel'...

apakah maksud istilah muslim fleksibel? sebenarnye ini ialah istilah yg ana reka sendiri, hehe... muslim fleksible bermaksud seorang individu muslim yg fleksibel ataupun tidak terikat dgn sesuatu perkara. sebagai contoh, dia ialah seorang yg senantiasa pergi melakukan solat jemaah di surau dgn memakai jubahnya yg berwarna putih, tetapi apabila pergi shopping dgn member dia akan pakai seluar jeans dan baju yg stylo. xde hadith or pape dalil yg mengatakan umat islam tidak boleh memakai seluar jeans, maka as long as muslim tersebut tidak melanggar syarak, maka benda itu boleh dilakukan, wallahualam...

byk lagi contoh yg boleh diberi, tetapi itu adalah tugas kalian utk memikirkannya, sbb sy percaya bahawa kalian semua pandai dan cerdik belaka... maka tidak perlu spoon feed drp sy... itu sahaja perkongsian buat masa ini... sebarang komen amatlah dialu-alukan...

wassalam...

No comments:

Post a Comment